Showing posts with label september. Show all posts
Showing posts with label september. Show all posts

Thursday, September 25, 2014

::Thank You Allah, Thank You Dad, Thank You Mum:::

Lahirnya aku pada tarikh ini bukanlah apa-apa jika di bandingkan sakitnya melahirkan dan membesarkan aku..

Lahirnya aku pada tarikh ini lalu mendapat ucapan dari rakan-rakan bukanlah apa-apa jika di bandingkan dengan usia kalian yang semakin bertambah..

Lahirnya aku pada tarikh ini yang sentiasa di tunggu-tunggu setiap tahun bukanlah apa-apa kerana aku masih seorang anak yang tidak mahu membesar bukan kerana takut aku digelar sudah tua tapi kerana kalian berdua yang semakin bertambah usianya sedangkan aku belum mampu membahagiakan kalian..

Kerana dia ibu yang melahirkan dan kerana dia ayah yang banyak berkorban..
Terima kasih kerana melahirkan aku di dalam Islam..

Hari ini usiaku genap 25 tahun. Terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan karenahku..terima kasih kerana masih menerimaku..Terima Kasih Allah atas kurniaan ibubapa terhebat untukku..

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tiada pengganti.
Ku sanjung kasih kalian dunia akhirat..

SEMOGA KALIAN BERDUA SENTIASA DI RAHMATI DAN DI LINDUNGI OLEH ALLAH S.W.T. AMIN YA RABBAL ALAMIN..