Daripada Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W bersabda:
"Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, nescaya akan diampuni dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih d lautan"
Abu Hurairah pernah berkata:
“Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”
(HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
Masa
Ketika matahari sedang naik (7.00 am - 11.00 am)
Niat:
"Sahaja Aku Solat Sunat Dhuha Kerana Allah Ta'ala"
Cara:
1) Niat
2) Rakaat pertama ( seperti solat biasa )
:: Solat Dhuha juga boleh dilakukan sebanyak 4, 6, 8 dan sehingga 12 rakaat dengan satu salam setiap 2 atau 4 rakaat ::
::dibaca semasa sujud terakhir sebanyak 40 x.::
::Usai salam, tasbih dibaca 10 x::
Doa Selesai Solat:
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh .
::Surah yang dianjurkan ulama::.
a. Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/ Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/ As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/ Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b. Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat:
i/ Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/ Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
In Sha Allah kita diberi kekuatan untuk mengerjakan solat Dhuha setiap hari.Aminn..