Sunday, February 3, 2013

:::belum sampai rezeki:::

Hi all, whaddup yo?ok geli.huhu assalamualaikum.....

::BELUM SAMPAI REZEKI::

Sebelum saya meneruskan dengan penulisan ini, izinkan saya untuk menerangkan terlebih dahulu apa itu BELUM, SAMPAI, dan REZEKI. pergghhh, ayat skema karangan syarahan tahun 6.serius. kalau lupa tulis nama d kertas jawapan tu xjadi masalah.cikgu memang tau ayat2 pendahuluan karangan2 sy.plus tulisan yg paling bikin pengsan maw baca. wuwuwu lemah~

sebelum melalut panjang, wahai kawan-kawan marilah kita berbalik kepada tajuk entri asal harini.so sebelum cuti semester start aritu sy da plan naik gunung Kinabalu bulan ni (FEBRUARY). tapi atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan plus kekurangan pengalaman untuk mengurus trip ni, aktiviti tersebut terpaksa di batalkan. Dulu masa sekolah pihak sekolah yang uruskan segalanya pastu kitaorg cuma bersedia zahir dan batin untuk ekspidisi tu.tp akibat keliatan untuk turun training, stamina jatuh merundum dan hajat ke puncak tidak kesampaian.terkandas di tengah pendakian.lemah~~nampaknya perkataan lemah sangat sinonim dengan diri ini.wuwuw oh, marilah lupakan kisah menyayat hati itu.

Mungkin BELUM SAMPAI REZEKI (akhirnya jumpa ruang untuk meletakkan perkataan ini.HAHA) untuk tawan puncak gunung kinabalu. tpi harussss naik secepat mungkin.cuma sekarang masih mencari2 org yang boleh tolong dapat fees paaaaaling murah arrange ekspidisi tu nnti. kalau boleh this year.or next year.maybe next2 year.errr.sangsi dengan keazaman diri sendiri.datang dan pergi begitu sahaja. kita hanya merancang, Allah menentukan. heeee..

Semoga dipermudahkan dan diberi rezeki luas untuk menyempurnakan misi ini ya Allah.aminn..


SEMANGAT!! 

0 comments:

Post a Comment