penatnyaaaaa...huhu kenapa hari2 mesti mengeluh?why??porque?sbb mmg hari2 rasa penat.td tgh ari jalan2 p kk ngan kwn2 kunun maw beli barang2 utk field trip ari jumaat ni...lokasi=Labuk bay,Sandakan. utk course ecology.but then ckit jak barang dapat beli sbb tgk yang lain maw balik awal maw bt kerjaan2..n one more thing sy mmg xsuka m'beli2 kalo kena tunggu..huhu nnti rush2 takut slh beli..jadi niat suping2 (shopping) is kena tangguh.
pasal field trip tu..sy xrasa teruja sangat.mgkn sbb (p sana pun maw jumpa munyittt seja) banyak kerja t'pksa d tinggalkan d kampus. hehehe tp ni semua masuk dlm syllabus plus markah field is quite high..xigt brpa tp tnggi la..so xpa la tu..mari menghadirkan diri.hehe...ok chow dulu/maw bt esaimen yag sda b'kurun lama xsiap.o ya,b4 that,wanna share something.
Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,
“Siapa yang nak duit ini?”.
Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.
“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”
Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,
“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.
“Baiklah,” jawabnya,
“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”
Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.
"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.
Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.
Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..
Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.
Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.
Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.
Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.
(taken from himpunan cerita sedih,2011)

0 comments:
Post a Comment